Baru berapa bulan duduk Kelantan ni, macam-macam penyakit baru datang. Gastriknya, migrainnya. 😢. Tahan la sikit mimi. Kata nak phd , ni baru degree dah tak tahan, macam mana nak PhD 😵. Mungkin tak biasa dengan course baru yang banyak membaca ni, tapi kau boleh buat punya. Fighting!
Monday, 28 December 2015
Saturday, 26 December 2015
Rindu
Rindu,
Dengar mak membebel,
Ayah yang suka cubit pipi,
Adik yang ajak bergaduh,
Rindu,
berborak berdua dengan mak,
shopping dengan ayah,
memasak dengan adik,
Rindu,
Suasana rumah,
Bilik tidur sendiri,
Persekitaran rumah,
Dan aku,
Rindu dengan semua itu.
Monday, 14 December 2015
Baik-baik saja
Cemburu melihat rakan kiri dan kanan, depan dan belakang bernikah. Terdetik di hati kenapa aku tidak seperti mereka? kebahagian yang terpancar di wajah membuat kan aku terasa ingin merasa apa yang dirasa oleh mereka. Adakah bahagia sebenanarnya wujud? Ada diantara mereka mengalami dugaan sepanjang alam pertunangan, ada yang segalanya berjalan dengan baik. Kadang aku tidak memahami apa yang diinginkan oleh mereka. Mungkin seseorang untuk mengadu atau mungkin inginkan seseorang yang lain. Complex bukan? Dan aku masih mencari, mencari hala tuju kehidupan. Mungkin jodoh ku terlewat sedikit, mungkin rezeki ku di tempat lain. Hanya aku mengharapkan segalanya baik- baik saja.
Monday, 7 December 2015
Strong
Bila berjauhan dari keluarga, sometimes you want someone who can stay beside you. Maybe for the whole day or when you face the difficult time or enjoy time. Yeah, sometimes its not easily to find that person. Maybe you need more time or face many challenges to find it. Yeah, stay strong, and find that person Mimi. 💪💪💪
Friday, 27 November 2015
Bermimpi
Dari tadika sampai ke SPM, hidup Ku bersama keluarga tidal pernah terpisah lama. Walaupun pernah melibatkan diri ke perkhemahan, ia cuma makan masa selama seminggu. Selepas menamatkan persekolahan menengah, aku dapat tawaran sambung belajar ke KPTM Bangi collaboration with UITM. For the first time berjauhan, ia memakan masa untuk menerima, tetapi setelah family ku memberi kenderaan untuk ku belajar, aku suka buat kerja gila. Selalunya aku akan balik 2 minggu sekali. Bila gila aku sudah sampai, setiap minggu aku kan balik ke Labis, Johor. Sekarang aku melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan berada di Kelantan. Walaupun aku membawa kereta aku, aku tidak mampu untuk buat kerja gila seperti di Bangi dulu. 😭. 3 Bulan di sini, baru sekali je aku balik Labis, and itu untuk cuti mid term. Hari ni aku bermimpi, aku berada di rumah, but bila sedar, yezza I'm at Kelantan. 😪Still can accept the reality. Mohon tabah wahai hati.
Thursday, 26 November 2015
Pendatang
Yeah, saya pendatang baru ke blogging. Baru nak berjinak jinak ke sini.Mengharapkan kebaikkan from this apps. So we watch and see, if its can give the advantage or disadvantage for me. 😊😊😊